Semasa menyusun bahan- bahan untuk dimuatkan dalam Nota Hati Hamparan Memori, saya bahagikan kepada beberapa bab utama. Susunan bab lebih berbentuk kronologi anekdot yang pernah menjadi memori dalam hidup saya.
Berikut disenaraikan bab- bab yang terangkum dalam naskhah ini:
1. BAB 1 - MULANYA DI SINI
Bab ini merangkumi catatan memori semasa zaman awal kanak- kanak dan awal remaja. Lokasi dan insan- insan penting sepanjang proses membesar dan mengenali erti
kehidupan dirangkum menjadi paparan buat bacaan semua.
2. BAB 2 - INILAH SEKOLAH YANG TERCINTA
Kenangan dan kenakalan selama menuntut ilmu di sekolah asrama penuh dihimpun
dalam bab yang penuh nostalgia ini.
3. BAB 3 - CHILL LA (TEA) CHER
Bab ini merupakan rangkuman memori selama menjadi pendidik di sekolah rendah,
sekolah menengah dan politeknik
4. BAB 4 - ANAK ABAH BOYFRIEND UMMI
Penceritaan berkenaan anak bongsu saya yang mengalami disleksia disatukan dalam bab
yang istimewa ini. Semoga rangkuman kisah anakanda Syakir Naeim bakal jadi inspirasi.
5. BAB 5 - NOTA HATI HAMPARAN MEMORI
Bab ini mengandungi hasil penulisan berkenaan ahli keluarga dan pengamatan kepada
apa sahaja yang berlaku disekeliling saya.
Selamat Mengembara di Nota Hati Hamparan Memori
No comments:
Post a Comment